gourmet

Resepi Kek Masam Manis

10:44 AM

Adunan Bahan A:
  • 1 Cawan Butter/Planta
  • 1 Cawan Gula Halus
  • 5 Biji Telur Kuning
  • Sedikit Vanilla Esen
  • 2 1/2 Cawan Tepung Biskut Marie
  • 3 Cawan Susu Pekat
  • Hwa Flakes asam

Bahan B:
  • 5 Putih telur 

Cara-cara:
  1. Kisar biskut marie sehingga halus dan ayak seperti tepung.
  2. Kepuk Bahan B hingga kembang kemudian asingkan.
  3. Kepuk Butter dan gula sehingga kembang sebelum memasukkan Bahan A yang lain.
  4.  Setelah sebati Bahan A, adunkan bersama Bahan B.
  5. Bahagi adunan kepada dua bahagian, dan letakkan pewarna hijau dan kuning kepada bahagian tadi.
  6. Alaskan Loyang dengan baking paper, dan letakkan lapisan yang pertama (terpulang adunan warna apa). Kemudian susunkan Hwa Flakes atas lapisan tersebut. Jangan lupa tutup Loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan wap air bercampur dengan adunan.
  7. Kukuskan selama 10 minit, dan pastikan lapisan tersebut masak dan Hwa Flakes tidak bergerak jika dicuit. 
  8. Lapiskan adunan warna lain dan susunkan Hwa Flakes mengikut citerasa anda.
  9. Ulang cara berikut dan untuk lapisan terakhir, kukuslah selama 30-45 minit.
  10. Selepas siap, jangan terus terbalikkan ye, tunggu sejuk dahulu baru terbalikkan jika mahu. 
  11. Sekian.


P/S: resepi daripada makcik tapi telah diubah suai mengikut pengalaman sendiri 🙈

You Might Also Like

0 warm concern

SUBSCRIBE

Like us on Facebook