gourmet

Resepi Sotong Telur Masin

8:07 AM

 Sotong Celup Tepung:

Bahan-bahan:
  1. Cuka
  2. Telur
  3. Garam
  4. Tepung gandum
  5. Tepung jagung
  6. Serbuk lada sulah
  7. Serbuk kari/kunyit
  8. Sotong (yang sudah disiang)
Cara-cara penyediaan:
  1.  Letakkan beberapa sudu cuka ke atas sotong yang telah dipotong. (tips: bagi mengeluarkan air daripada sotong yang boleh menyebabkan proses goreng kemudian meletup-letup). Gaul hingga sebati.
  2. Campurkan kedua-dua tepung ratio (1:1)  dan gaulkan tepung tersebut dengan garam , serbuk lada sulah dan serbuk kari/kunyit. Gaul hingga sebati.
  3. Celup sotong ke dalam telur yang telah dipukul.
  4. Kemudian masukkan ke dalam campuran tepung tadi. 
  5. Goreng (deep fried) sehingga masak.

Sotong Telur Masin:

Bahan-bahan:
  1. Daun kari
  2. Cili padi
  3. Marjerin
  4. Nurell paste telur masin 
Cara-cara penyediaan:
  1. Panaskan marjerin dan masukkan cili padi bersama daun kari.
  2. Tambahkan paste Nurell.
  3. Masukkan sotong celup tepung.
  4. Siap!  



P/S: saya memang tak berapa mahir kongsi sukatan, sebab saya chef (agak-agak). 

You Might Also Like

0 warm concern

SUBSCRIBE

Like us on Facebook