Sotong Celup Tepung:
Bahan-bahan:
- Cuka
- Telur
- Garam
- Tepung gandum
- Tepung jagung
- Serbuk lada sulah
- Serbuk kari/kunyit
- Sotong (yang sudah disiang)
- Letakkan beberapa sudu cuka ke atas sotong yang telah dipotong. (tips: bagi mengeluarkan air daripada sotong yang boleh menyebabkan proses goreng kemudian meletup-letup). Gaul hingga sebati.
- Campurkan kedua-dua tepung ratio (1:1) dan gaulkan tepung tersebut dengan garam , serbuk lada sulah dan serbuk kari/kunyit. Gaul hingga sebati.
- Celup sotong ke dalam telur yang telah dipukul.
- Kemudian masukkan ke dalam campuran tepung tadi.
- Goreng (deep fried) sehingga masak.
Sotong Telur Masin:
Bahan-bahan:
- Daun kari
- Cili padi
- Marjerin
- Nurell paste telur masin
- Panaskan marjerin dan masukkan cili padi bersama daun kari.
- Tambahkan paste Nurell.
- Masukkan sotong celup tepung.
- Siap!
P/S: saya memang tak berapa mahir kongsi sukatan, sebab saya chef (agak-agak).